Hilangkan Parut Jerawat Dengan Mudah Menggunakan Bahan Semulajadi

Keadaan cuaca yang sentiasa panas dan lembab di Malaysia ini adalah salah satu punca kulit bermasalah.

Lelaki mahupun wanita selalu menghadapi cabaran kulit muka yang berminyak, kusam, berjerawat dan sebagainya.

Produk rawatan kecantikan kulit kadangkala terjangkau harga tinggi dan tidak selalunya berkesan atau sesuai dengan jenis kulit masing2.

Tetapi merawat kulit muka tidak seharusnya menjadi sesuatu yang sukar lagi mahal.

Dengan beberapa bahan2 dan ramuan yang boleh didapati di dalam dapur anda sendiri, anda boleh merawat kulit muka anda dengan berkesan dan aman tanpa perlu risau akan kesan sampingan atau alahan produk.

Di antara beberapa bahan yang boleh digunakan ialah:

~ KAYU MANIS​~

Kayu manis biasanya digunakan untuk menambah rasa dan bau untuk menyedapkan lagi masakan.

Tetapi anda juga boleh gunakannya sebagai masker untuk wajah anda.

Mengapa kayu manis?

Kayu manis mengandungi anti oksida yang tinggi yang dapat membantu melambatkan penuaan kulit.

Ia juga boleh membantu menghilangkan parut jerawat

atau bekas jerawat lama dan melancarkan peredaran darah dibahagian kulit muka atau di mana saja yang di sapukan.

Caranya:

1. Tumbuk sebatang kecil kayu manis dengan batu lesung atau giling sehingga menjadi serbuk yang halus.

2. Campurkan serbuk tadi dengan sedikit air sehingga sebati dan likat.

3. Mengunakkan berus wajah yang bersih atau dengan jari yang bersih, sapu terus ke atas permukaan kulit muka dan ratakan keseluruh wajah.

4. Selepas 10 min, cuci muka dengan air suam dan sabun pencuci muka yang mempunyai formula yang lembut.

Dari sejak zaman remaja sehingga ke usia dua puluhan, saya sentiasa di hantui masalah kulit yang dipenuhi jerawat dan kesan parut jerawat.

Kulit wajah saya seolah olah tidak akan berhenti mengeluarkan minyak yang berlebihan dan terlalu banyak parut jerawat yang menutupi dahi, kedua2  belah pipi dan juga dagu saya.

Sewaktu di kolej, seorang teman saya yang berasal dari Kelantan telah berkongsi rahsia, cara menghilangkan  bekas jerawat.

Cara hilangkan parut jerawat dengan menggunakan resepi kulit kayu manis ini telah saya cobai sendiri.

Ahamdullilah ia sangat berkesan jika digunakan secaran konsisten  sebanyak 2 kali seminggu.

Pada permulaan saya mencoba masker kulit kayu manis ini, ia agak terasa pedih kedinginan di permukaan kulit wajah . Namun keadaan ini hanyalah sebentar sahaja.

Selepas dibilas dengan air bersih, saya dapati wajah saya menjadi lebih bercahaya. Masalah jerawat juga berkurangan dan kulit muka saya mulai bersih dan bebas dari jerawat dalam masa tiga minggu.

Selepas menggunakan masker ini, anda masih boleh teruskan rutin perawatan dan pembersihan muka anda seperti biasa.

Selain dari kayu manis, terdapat juga satu lagi bahan yang ingin saya kongsikan. Bahan tersebut pasti terdapat didalam dapur anda.

Ia adalah bahan asas dan juga makanan ruji bagi kita di Malaysia ini.

Apakah bahan itu?

Sudah tentulah beras, tetapi kita hanya memerlukan  air bilasan beras sahaja.

~Air Beras~

Air beras memilik sejenis enzim yang  sangat berkesan untuk melicinkan permukaan kulit muka dan mengecilkan pori2.

juga membantu memutihkan kulit muka secara alami dan melambatkan penuaan kulit.

Air beras juga dapat membantu menganjalkan semula kulit muka dan mengurangkan masalah permukaan  kulit muka berminyak yang
berlebihan.

Caranya :

1. Ketika anda mencuci beras untuk ditanak, ambil lah bilasan air beras yang pertama atau yang kedua.

2. Tuang bilasan air beras tadi kedalam balang kaca atau cawan kaca yang bersih dan biarkan airnya untuk beberapa jam sehingga air beras tulen mendak kebawah.

3. Kemudian ambil lah air beras tadi dan buang air jernih di bahagian atas.

4. Hanya air beras yang pekat sahaja di perlukan.

5. Sapukan air beras yg pekat tadi ke wajah anda,  seperti menyapu bedak sejuk dan biarkan sehingga ia kering.

5. Setelah kering, bilas muka anda dengan air suam.

Rawatan ini telah diguna pakai sejak zaman nenek moyang dan di turun temurunkan sehingga kini.

Ada terdapat satu produk dari Jepun, SK-II yang sebenarnya hanyalah air beras yang telah diproses. Penggunaan berterusan  akan menjaminkan hasil kulit yang sama seperti air bilasan beras buatan sendiri.

Rahsia kecantikan kulit ini telah saya perolehi dari salah seorang guru sekolah saya.

Setelah mencobanya untuk seketika,  saya dapati wajah saya semakin cerah. Saya mengamalkan perawatan ini setiap malam sebelum tidur.

Anda juga boleh merawat kecantikan kulit wajah anda dengan menghilangkan parut jerawat dengan mudah, menggunakan bahan semulajadi yang saya kongsikan di atas.

Selamat mencuba

 

 


MommyJ

MommyJ is a freelance writer who loves to read and write while having fun with her little toddler.

19 Comments

JMR · September 14, 2018 at 5:54 pm

uish air beras pun boleh hilangkan parut jerawat rupanya. Hari2 boleh hilangkan parut mcm ni..hehe

Syamimi · September 14, 2018 at 3:46 pm

Erm.. 2 perkara yang sangat mudah kan. Tapi biasa la, kita rasa renyah nak lakukan. Mesti juga nak cari produk kat pasaran baru rasa yakin.

AlongMurni · September 14, 2018 at 1:25 pm

Menarik tips nie.. nak try yg pakai air beras tue la.. yg kayu manis tue xnak laa.. nnti xcukup nak masak sup kat dapur.. geng serangkai xder camna nak masak sup yg sedap kan..

    Opah · September 15, 2018 at 9:49 am

    hihi, yalah, kesian nanti tak cukup korum

Bella Enveeus · September 14, 2018 at 12:22 pm

Wow.. Memang berhasil sebenarnya ya? Sebab selalunya kita fikir air beras yang cloudy tu macam kotor kan.. Cuma bila cara macam ni, kena disiplin and buat dalam jangka masa panjang. Kalau tak, memang tak nampak lah perubahan. Kesabaran tu penting.

    Opah · September 15, 2018 at 9:49 am

    yup. tahap kesabaran to the max hihi

    Opah · September 15, 2018 at 9:52 am

    tulah kan, tapi memang berkesaan, tak caya tanya Zharif Azis hihi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *