cara memakai basic skin care untuk jenis kulit kombinasi

Hello everyone! harap2 semuanya sihat ya. hari ni Mommy nak kongsikan tips dan juga cara2 nak layer kan basic skin care product untuk jenis kulit yang mungkin ada berminyak sikit, atau mungkin tengah berjerawat atau ada masalah pori2 besar.

okay sebelum tu mommy nak buat disclaimer ye kat sini, products yang mommy akan mention kat sini adalah product yang mommy sendiri pakai untuk daily skin care routin ye. Ni bukan mommy mention product sebab nak menjaja dan viral kan product ye. Products yang mommy pakai ni memang berkesan untuk kulit mommy sendiri jadi Trial & Error ye. Apa yang mommy share ni tak semestinya akan berkesan untuk semua yang try, tapi kalau dapat membantu sikit tu, alhamdulillah.

Okay so sikit tentang jenis kulit mommy ni jenis yang sensitif dan memang sentiasa berjerawat tak tentu pasal. Dan baru2 ni didapati mommy ni alergic ayam. Bila makan ayam je, makin menjadi jerawat naik kat muka, dan sampai kat kulit kepala juga. Jadi memang mommy dah cancel terus ayam dari diet mommy. Pori2 mommy ni besar dan juga senang tersumbat lagi2 kat area T-zone. Kulit muka mommy ni rasanya yang paling cerewet sedunia, dari zaman remaja sampai sekarang ada je karenah nya. Kalau salah pakai product je, siap lah. kalau salah makan ke, salah step skin care routine tu maknanya mommy nak kene siap sedia lah dengan kemunculan jerawat !

Dari zaman remaja sampai sekarang dah macam2 products yang mommy dah try & error, sebut je lah apa yang ada kat kedai Watsons tu semua mommy dah try, dan apa products yang mommy mention nanti, ni lah yang baru betul2 berkesan untuk kulit mommy.

Jadi mommy akan mula dulu dengan cara mencuci muka. The first and most important step.

Cara mommy mencuci muka:

okay sebelum buat apa2 kat muka tu, Please ye everyone, cuci tangan dengan handwash dulu bersih2. Ni penting ye, tangan mesti nak kene bersih! Lagi satu, cuci muka pakai air suam2 kuku ye. Jangan pakai air panas!

untuk kulit yang sensitif, berminyak dan pori2 besar macam mommy, cuba cari facial wash yang gel dan juga yang tiada bahan2 kimia macam SLS atau Paraben. Rasanya pencuci muka yang macam tu sekarang dah bersepah mana2 brand pun ada. Tapi untuk mommy, I pakai brand Cosmoderm vitamin E facial cleansing foam.

so, first, basahkan muka betul2 dan ambil sikit facial wash sebesar kacang peas kat tapak tangan, gosok kedua tangan sampai facial wash larut betul2, jadi buih pastu gosok muka dengan perlahan. Jangan tekan kulit muka tu kuat2. Relax je, buat perlahan2. mommy selalu Target area T- zone, dagu dan bahagian side burn, ceh side burn! ala bahagian anak rambut yang nak ke telinga tu. hah, lepastu bilas dengan air sampai bersih.

Cara mommy kering kan muka:

okay bila kulit muka yang dah bermasalah and cerewet macam kulit mommy, mestilah cara keringkan muka pun jangan asal boleh je. Ni mommy nak pesan, please jangan pakai tuala yang you all pakai kat badan, untuk keringkan muka ya! Bacteria yang kat tuala tu akan menambah lagi masalah kat kulit muka. Mommy sarankan pakai tuala microfibre dan tekap muka perlahan2 sehingga kering. Ingat, jangan gosok tuala tu kat muka! Itu juga salah satu penyebab pori2 kat muka jadi besar. Mommy cari tuala microfibre kat kedai Eco je, bersepah2 ada, hah pastu murah and still berkualiti. so bila tuala tu dah pakai kat muka, jadikan lah dia tuala khas untuk muka sahaja. Beli lah 3 helai ke, bila dah pakai, gantung kat tempat yang dia boleh cepat kering. Jangan longgok! cukup 2 hari tukar tuala bersih. Untuk you all yang mungkin ada budget lebih, boleh la beli tissue yang lembut 3 ply tu dan keringkan muka pakai tu.

Cara mommy pakai toner & moisturiser:

untuk toner, mommy pakai toner brand simple. Toner tu mommy jumpa kat kedai Watsons. Toner ni lah yang paling sesuai dengan kulit mommy. Toner nya tidak ada mempunyai apa2 bau atau wangian dan juga tidak ada alkohol. Untuk cara pemakaian ni, mommy beli satu spray bottle kecil, dari kedai Eco jugak. cuci bersih2 botol tu dan keringkan dulu sebelum pindahkan toner tu ke dalam botol spray tu. Mommy rasa cara ni memudahkan mommy and tak de lah mommy nak risau kalau tak ada kapas untuk sapu toner ke muka. Untuk travel pun mommy buat macam ni juga.

selepas cuci dan keringkan muka, spray kan toner tu ke muka secara menyeluruh dan biar kan kering sebelum memakai moisturiser.

Untuk moisturiser, mommy pakai Witch Hazel moisturiser brand wardah. Mommy suka moisturiser ni sebab dia tak terlalu berminyak dan tak menyumbat pori2 dan sesuai untuk kulit mommy yang sensitif. Banyak brand yang mommy pernah cuba selalu akan timbul ruam panas kat bahagian dahi dan pipi mommy. Tapi dengan moisturiser ni serasi dengan kulit mommy. so ambil moisturiser secukupnya, dan sapu di muka sehingga rata.

Cara mommy memakai sunscreen:

untuk sunscreen, mommy pakai brand skin aqua, sunplay SPF 50. sunscreen ni water base, tak berminyak dan cepat serap ke dalam kulit. cara memakai sunscreen ni, seperti biasa pastikan tangan you all bersih. ambil sebanyak dua ruas jari, dan sapukan ke muka ke arah bawah atau tap- tap ( tepuk) sehingga rata. Penting sangat mommy nak pesan, jangan sapu sunscreen merata pusing2 atau ikut arah jam kerana pori2 akan tersumbat. And also, make sure! bila keluar rumah, please pakai sunscreen! Jangan skip!

matahari pada zaman now dah tak sama macam dulu. Sinaran UV dari matahari akan menyebabkan tanda2 penuaan timbul di muka.

okay so itu semua tips basic skin care routine from mommy so have fun trying this tips and products at home.

Cara Lebatkan Rambut

Bahan alami untuk lebatkan rambut

Ada terdapat banyak cara untuk melebatkan rambut diluar sana. Tetapi, hanya penggunakan bahan alami sahaja yang menjadi pilihan di Opah Nak Cantik.

 

Menggunakan bahan alami untuk lebatkan rambut mempunyai banyak kelebihannya. Antaranya ialah, ia lebih selamat dan jimat.

 

Sebenarnya, urutan pada kulit kepala  juga sangat bagus Ia membantu membaiki dan melancarkan peredaran darah.

Tambahan lagi jika ia dilakukan dengan menggunakan bahan alami.

 

Mari kita perincikan.

 

Berikut ialah beberapa bahan alami yang dapat dimanfaatkan untuk melebatkan rambut.

 

1) Minyak Zaitun

Minyak zaitun memang bahan yang sudah terbukti keberkesanannya. Ia mampu melebatkan dan juga  menghitamkan rambut.

 

Cara gunanya sangat mudah. Hanya sapukan minyak zaitun pada rambut hingga rata sambil mengurut perlahan kulit kepala.

 

Biarkan minyak itu pada rambut untuk tempoh beberapa minit. Sebaik2nya, biarkan sehingga ia kering sendiri.

 

Lakukan ini secara rutin setiap kali selepas menyampu rambut.

 

2) Minyak Kelapa

Satu lagi bahan alami yang dapat dimanfaatkan untuk melebatkan rambut ialah minyak kelapa.

 

Caranya ialah urutkan secara lembut dan rata minyak kelapa pada kulit kepala. Kemudian balut kepala dengan tuala tebal yang direndam air panas. Biarkan kira-kira setengah jam.

 

Setelah itu, bilaslah dengan syampu. Sebaik-baiknya , gunakan syampu tanpa bahan kimia. Untuk hasil yang cepat dan ketara, amalkan penggunaan bahan alami ini minimum sekali seminggu.

 

3) Teh Hijau

Satu lagi bahan alami yang bagus untuk melebatkan rambut ialah teh hijau. Teh hijau memang sudah diakui di serata dunia mengandungi banyak khasiat penting dari segi kesihatan dan kecantikan.

 

Teh hijau mampu berfungsi sebaiknya untuk melebatkan rambut kerana ia mengandungi vitamin dan antioksidan.

 

Caranya mudah sahaja. Rendamkan teh hijau di dalam air panas, kemudian tutup bekas berkenaan semalaman.

 

Esoknya, ambil teh hijau itu lalu lumurkan pada rambut secars merata. Biarkan kita-kira setengah jam sehingga bahan alami itu meresap ke akar rambut.

 

Kemudian bilaslah rambut dengan air biasa. Amalkan ini minimum dua kali seminggu.

 

4) Daun Lidah Buaya

Daun lidah buaya juga sangat bagus untuk melebatkan rambut.

 

Ini ada kaitan dengan kandungannya yang kaya unsur vitamin A, B1 dan C . Ia juga terdapat karbohidrat, kalsium, fosforus, protein, lemak dan zat besi.

 

Caranya ialah potong daun lidah buaya dan picit untuk mengeluarkan lendirnya. Kemudian ratakan lendir lidah buaya itu pada kulit kepala.

 

Biarkan setengah jam sebelum bersihkan dengan air suam. Amalkan ini minimum dua kali seminggu.

 

Sebenarnya, banyak lagi bahan alami mempunyai khasiat yang dapat dimanfaatkan untuk melebatkan rambut.

 

Cara alami ini ternyata bukan sahaja berkesan, malah  ia lebih selamat. Tanpa kesan sampingan yang buruk berbanding penggunaan bahan kimia.

 

Artikel berkaitan :

Apa kata anda yang telah mencobanya? Boleh kongsikan pengalaman penggunaan anda?