cara memakai basic skin care untuk jenis kulit kombinasi

Hello everyone! harap2 semuanya sihat ya. hari ni Mommy nak kongsikan tips dan juga cara2 nak layer kan basic skin care product untuk jenis kulit yang mungkin ada berminyak sikit, atau mungkin tengah berjerawat atau ada masalah pori2 besar.

okay sebelum tu mommy nak buat disclaimer ye kat sini, products yang mommy akan mention kat sini adalah product yang mommy sendiri pakai untuk daily skin care routin ye. Ni bukan mommy mention product sebab nak menjaja dan viral kan product ye. Products yang mommy pakai ni memang berkesan untuk kulit mommy sendiri jadi Trial & Error ye. Apa yang mommy share ni tak semestinya akan berkesan untuk semua yang try, tapi kalau dapat membantu sikit tu, alhamdulillah.

Okay so sikit tentang jenis kulit mommy ni jenis yang sensitif dan memang sentiasa berjerawat tak tentu pasal. Dan baru2 ni didapati mommy ni alergic ayam. Bila makan ayam je, makin menjadi jerawat naik kat muka, dan sampai kat kulit kepala juga. Jadi memang mommy dah cancel terus ayam dari diet mommy. Pori2 mommy ni besar dan juga senang tersumbat lagi2 kat area T-zone. Kulit muka mommy ni rasanya yang paling cerewet sedunia, dari zaman remaja sampai sekarang ada je karenah nya. Kalau salah pakai product je, siap lah. kalau salah makan ke, salah step skin care routine tu maknanya mommy nak kene siap sedia lah dengan kemunculan jerawat !

Dari zaman remaja sampai sekarang dah macam2 products yang mommy dah try & error, sebut je lah apa yang ada kat kedai Watsons tu semua mommy dah try, dan apa products yang mommy mention nanti, ni lah yang baru betul2 berkesan untuk kulit mommy.

Jadi mommy akan mula dulu dengan cara mencuci muka. The first and most important step.

Cara mommy mencuci muka:

okay sebelum buat apa2 kat muka tu, Please ye everyone, cuci tangan dengan handwash dulu bersih2. Ni penting ye, tangan mesti nak kene bersih! Lagi satu, cuci muka pakai air suam2 kuku ye. Jangan pakai air panas!

untuk kulit yang sensitif, berminyak dan pori2 besar macam mommy, cuba cari facial wash yang gel dan juga yang tiada bahan2 kimia macam SLS atau Paraben. Rasanya pencuci muka yang macam tu sekarang dah bersepah mana2 brand pun ada. Tapi untuk mommy, I pakai brand Cosmoderm vitamin E facial cleansing foam.

so, first, basahkan muka betul2 dan ambil sikit facial wash sebesar kacang peas kat tapak tangan, gosok kedua tangan sampai facial wash larut betul2, jadi buih pastu gosok muka dengan perlahan. Jangan tekan kulit muka tu kuat2. Relax je, buat perlahan2. mommy selalu Target area T- zone, dagu dan bahagian side burn, ceh side burn! ala bahagian anak rambut yang nak ke telinga tu. hah, lepastu bilas dengan air sampai bersih.

Cara mommy kering kan muka:

okay bila kulit muka yang dah bermasalah and cerewet macam kulit mommy, mestilah cara keringkan muka pun jangan asal boleh je. Ni mommy nak pesan, please jangan pakai tuala yang you all pakai kat badan, untuk keringkan muka ya! Bacteria yang kat tuala tu akan menambah lagi masalah kat kulit muka. Mommy sarankan pakai tuala microfibre dan tekap muka perlahan2 sehingga kering. Ingat, jangan gosok tuala tu kat muka! Itu juga salah satu penyebab pori2 kat muka jadi besar. Mommy cari tuala microfibre kat kedai Eco je, bersepah2 ada, hah pastu murah and still berkualiti. so bila tuala tu dah pakai kat muka, jadikan lah dia tuala khas untuk muka sahaja. Beli lah 3 helai ke, bila dah pakai, gantung kat tempat yang dia boleh cepat kering. Jangan longgok! cukup 2 hari tukar tuala bersih. Untuk you all yang mungkin ada budget lebih, boleh la beli tissue yang lembut 3 ply tu dan keringkan muka pakai tu.

Cara mommy pakai toner & moisturiser:

untuk toner, mommy pakai toner brand simple. Toner tu mommy jumpa kat kedai Watsons. Toner ni lah yang paling sesuai dengan kulit mommy. Toner nya tidak ada mempunyai apa2 bau atau wangian dan juga tidak ada alkohol. Untuk cara pemakaian ni, mommy beli satu spray bottle kecil, dari kedai Eco jugak. cuci bersih2 botol tu dan keringkan dulu sebelum pindahkan toner tu ke dalam botol spray tu. Mommy rasa cara ni memudahkan mommy and tak de lah mommy nak risau kalau tak ada kapas untuk sapu toner ke muka. Untuk travel pun mommy buat macam ni juga.

selepas cuci dan keringkan muka, spray kan toner tu ke muka secara menyeluruh dan biar kan kering sebelum memakai moisturiser.

Untuk moisturiser, mommy pakai Witch Hazel moisturiser brand wardah. Mommy suka moisturiser ni sebab dia tak terlalu berminyak dan tak menyumbat pori2 dan sesuai untuk kulit mommy yang sensitif. Banyak brand yang mommy pernah cuba selalu akan timbul ruam panas kat bahagian dahi dan pipi mommy. Tapi dengan moisturiser ni serasi dengan kulit mommy. so ambil moisturiser secukupnya, dan sapu di muka sehingga rata.

Cara mommy memakai sunscreen:

untuk sunscreen, mommy pakai brand skin aqua, sunplay SPF 50. sunscreen ni water base, tak berminyak dan cepat serap ke dalam kulit. cara memakai sunscreen ni, seperti biasa pastikan tangan you all bersih. ambil sebanyak dua ruas jari, dan sapukan ke muka ke arah bawah atau tap- tap ( tepuk) sehingga rata. Penting sangat mommy nak pesan, jangan sapu sunscreen merata pusing2 atau ikut arah jam kerana pori2 akan tersumbat. And also, make sure! bila keluar rumah, please pakai sunscreen! Jangan skip!

matahari pada zaman now dah tak sama macam dulu. Sinaran UV dari matahari akan menyebabkan tanda2 penuaan timbul di muka.

okay so itu semua tips basic skin care routine from mommy so have fun trying this tips and products at home.

Cara Menghilangkan Jeragat Di Muka Dengan Selamat Dan Berkesan

blog-image-10-tip-hilangkan-jeragat-Opah

Cara Menghilangkan Jeragat DiMuka Dengan Selamat

Apa itu jeragat?

Jeragat adalah sejenis bintik atau tompok kulit kusam yang lebih gelap dari tona kulit asal. Ia muncul di sekitar kulit muka.

Ia tidak merbahayakan tetapi ia akan mula tumbuh, bertambah dan bercantum dengan tompokan jeragat yang kecil sehingga menjadi tompokan yang besar.

Di dalam kulit manusia, terdapat

sejenis bahan pigmen yang berfungsi sebagai pewarna kulit yang dinamakan melanin

Bahan pigmen ini sangat terpengaruh oleh sinaran UV yang di pancarkan oleh matahari.

Semakin banyak kulit terdedah kepada matahari, semakin banyak melanin yang dihasilkan oleh kulit. Selain mewarnakan kulit, melanin juga berfungsi untuk menjaga kulit dari sinaran UV yang berbahaya kepada kesihatan kulit.

Tetapi apabila kulit terlampau terdedah di matahari, sel sel pigmen melanin ini akan menjadi terlalu aktif dan menghasilkan pigmen yang terlebih dari asal, dan akhirnya menyebabkan timbulnya Jeragat.

Punca timbulnya jeragat

 

Terdapat banyak sebab mengapa timbul jeragat:

  • Usia semakin meningkat
  • Penghasilan collagen di dalam kulit semakin berkurangan
  • Tisu dan sel kulit yang mati akibat terdedah sinaran UV
  • Pengambilan ubat ubatan pengawal hormon seperti pil perancang dan sebagainya
  • Pemakaian kosmetik dan alat solek yang tidak berkualiti
  • Stress atau perubahan hormon yang drastik terutamanya ibu ibu yang hamil atau selepas bersalin.
  • Lapisan kulit terlalu tipis atau terhakis yang membuatnya mudah rosak akibat sinaran UV

10 Tips Hilangkan Jeragat Dan Cara Atasinya

1. Atasi Jeragat Dengan Pelindungan Kulit (Suncreen)

suncreen krim pelindung

Sentiasa memakai sunscreen sebagai pelindung kulit sebelum keluar rumah.

Sunscreen ialah sejenis perisai kulit didalam bentuk krim

Ia berfungsi menghalang sinaran UV dari matahari dari menembusi lapisan kulit.

Anda perlu memilih sunscreen yang mempunyai SPF 30 atau lebih untuk penjagaan kulit tahap optimum.

Sunscreen ini juga perlu di ulang pakai setiap beberapa jam setelah berada di luar.

2. Tingkatkan pengambilan Vitamin A dan C

Vitamin CVitamin C atau ascorbic acid berfungsi sebagai ajen pencegah pigmen melanin dari terus di produksi dihasilkan dalam kulit. Vitamin C ini boleh didapati dalam bentuk kapsul, jel atau serbuk.

3. Mengambil Makanan Yang Tinggi Kandungan Antioksida

seperti tomato, teh hijau atau buah berry


Kesemua makanan ini mengandungi zat yang secara semula jadi akan membantu kulit untuk memulih semula dan melawan radiasi sinaran UV dari terus merusakkan kulit dari dalam.

4. Mengambil Suplemen Yang Mengandungi Kandungan Collagen Yang Tinggi

Collagen ini biasanya didapati didalam vitamin A. Ia boleh didapati dalam bentuk pati minuman atau pun krim.

Ia berfungsi membantu menebalkan semula lapisan kulit yang terhakis. Ia juga melancarkan peredaran darah dibahagian muka yang akan menolak kulit muka untuk menghasilkan sel sel baru.

Ia juga membantu menjadikan tona kulit sekata.

Vitamin A  boleh didapati dalam bentuk krim.

Bacaan tambahan :  Khasiat Dan Kebaikan Collagen

5. Menyapu Minyak Castor Dibahagian Jeragat Setiap Malam Sebelum Tidur

Minyak castor mengandungi asid serta zat yang baik untuk pemulihan semula kulit.

Ia juga membantu menghilangkan tompok yang sedia ada dan mencegah dari terhasilnya tompok pigmentasi baru.

 

 

Cara pemakaian:

  1. Rendamkam bebola kapas di dalam sedikit minyak castor tulen.
  2. Sapukan di bahagian jeragat sahaja, sebagai penutup rutin rawatan muka setiap malam.

6. Menyapu Minyak Atau Krim  Yang Mengandungi Kandungan Vitamin E Yang Tinggi

Sundown Natural - Vitamin E Oil

Vitamin E dapat menyingkirkan radikal bebas yang terperangkap didalam kulit dan menstimulasikan sel kulit baru

Ia juga memulihkan mana2 bahagian kulit yang luka. Minyak Vitamin E boleh didapati dalam bentuk krim atau cecair.

7. Menyapu Cuka Epal Di Permukaan Jeragat

Jarrow - Apple Cider VinegarCuka epal (Apple Cider Vinegar) mengandungi kandungan vitamin C yang tinggi. Ini dapat membantu menghilangkan jeragat degil dan bintik bintik hitam dengan cepat.

Walau bagaimanapun cuka apple mempunyai bau yang sangat kuat dan menyengat. Ia perlu dilarutkan dahulu dengan air sebelum disapu ke muka kerana cuka adalah sejenis bahan asidik.

 

Cara pemakaian:

  1. Campurkan 1 sudu teh cuka apple dengan 3 sudu teh air.
  2. Cecah bebola kapas kedalam larutan air cuka tadi, kemudian sapukan dibahagian yang berjeragat.
  3. Biarkan selama 15 minit dan bilas muka dengan air suam.

8. Gel Lidah Buaya (Aloe Vera Gel) Untuk Hilangkan Jeragat

aloe vera gel
Pokok lidah buaya (aloe vera) sangat terkenal dengan keistimewaannya. Samada sebagai ubat semulajadi yang sangat berkesan memulihkan luka dan menstabilkan semula kadar PH kulit.

Cara pemakaian:

  1. Pastikan muka dalam keadaan bersih dan bebas minyak.
  2. Sapukan gel lidah buaya (aloe vera gel) di keseluruhan muka.
  3. Diamkan selama 15 minit kemudian bilas dengan air suam.

9. Hilangkan Jeragat Dengan  Kunyit

serbuk kunyi

Kunyit dengan tersendirinya adalah sejenis antiseptik yang akan membunuh kuman jerawat dimuka.  Ia juga mempunyai sifat yang boleh mencerahkan kulit dari dalam secara semulajadi.

Resepi ini sebenarnya adalah rahsia yang digunapakai oleh kaum hindu untuk memutihkan kulit wajah.

Ia berkesan untuk menghidarkan dari timbulnya bintik hitam di permukaan kulit muka.

Hilangkan Jeragat Dengan Masker Serbuk Kunyit

 

Cara pemakaian:

Campurkan 3 sudu teh serbuk kunyit dengan 3 sudu teh susu hangat.

  1. Aduk sehingga sebati dan menjadi campuran yang kental.
  2. Sapukan masker tadi di bahagian kulit yang berjeragat.
  3. Diamkan selama 15 minit kemudian bilas dengan air suam dan pencuci muka pilihan anda.

10. Melakukan Rawatan Pengelupasan Yang Lembut Menggunakan Bijirin Oat

organic oats

Cara pemakaian:

  1. Campurkan 1 cawan organic oat dengan 1 cawan susu segar.
  2. Aduk sehingga sebati dan menjadi pes kental.
  3. Gosokkan pes tersebut pada daerah kulit yang terjejas.
  4. Diamkan selama 15 sehingga 20 minit kemudian bilas dengan air suam.

Keberkesanan tip tip diatas adalah bergantung kepada keadaan kulit kerana tiada satu orang pun yang mempunyai jenis kulit yang sama.

Rutin rawatan menghilangkan jeragat adalah sesuatu yang memerlukan banyak kesabaran.

Ia hendaklah  dilakukan secara konsisten dan berterusan.

Hasil tindak balas bagi setiap kulit adalah berbeza tetapi pasti berkesan jika dilakukan dengan telus dan bersungguh sungguh.

Semua jenis rawatan diatas boleh diamalkan sebanyak 2 kali setiap minggu untuk penjagaan maksimum keseluruhan kesihatan kulit.