Skip to content

Cara Lebatkan Rambut

  • by

Bahan alami untuk lebatkan rambut

Ada terdapat banyak cara untuk melebatkan rambut diluar sana. Tetapi, hanya penggunakan bahan alami sahaja yang menjadi pilihan di Opah Nak Cantik.

 

Menggunakan bahan alami untuk lebatkan rambut mempunyai banyak kelebihannya. Antaranya ialah, ia lebih selamat dan jimat.

 

Sebenarnya, urutan pada kulit kepala  juga sangat bagus Ia membantu membaiki dan melancarkan peredaran darah.

Tambahan lagi jika ia dilakukan dengan menggunakan bahan alami.

 

Mari kita perincikan.

 

Berikut ialah beberapa bahan alami yang dapat dimanfaatkan untuk melebatkan rambut.

 

1) Minyak Zaitun

Minyak zaitun memang bahan yang sudah terbukti keberkesanannya. Ia mampu melebatkan dan juga  menghitamkan rambut.

 

Cara gunanya sangat mudah. Hanya sapukan minyak zaitun pada rambut hingga rata sambil mengurut perlahan kulit kepala.

 

Biarkan minyak itu pada rambut untuk tempoh beberapa minit. Sebaik2nya, biarkan sehingga ia kering sendiri.

 

Lakukan ini secara rutin setiap kali selepas menyampu rambut.

 

2) Minyak Kelapa

Satu lagi bahan alami yang dapat dimanfaatkan untuk melebatkan rambut ialah minyak kelapa.

 

Caranya ialah urutkan secara lembut dan rata minyak kelapa pada kulit kepala. Kemudian balut kepala dengan tuala tebal yang direndam air panas. Biarkan kira-kira setengah jam.

 

Setelah itu, bilaslah dengan syampu. Sebaik-baiknya , gunakan syampu tanpa bahan kimia. Untuk hasil yang cepat dan ketara, amalkan penggunaan bahan alami ini minimum sekali seminggu.

 

3) Teh Hijau

Satu lagi bahan alami yang bagus untuk melebatkan rambut ialah teh hijau. Teh hijau memang sudah diakui di serata dunia mengandungi banyak khasiat penting dari segi kesihatan dan kecantikan.

 

Teh hijau mampu berfungsi sebaiknya untuk melebatkan rambut kerana ia mengandungi vitamin dan antioksidan.

 

Caranya mudah sahaja. Rendamkan teh hijau di dalam air panas, kemudian tutup bekas berkenaan semalaman.

 

Esoknya, ambil teh hijau itu lalu lumurkan pada rambut secars merata. Biarkan kita-kira setengah jam sehingga bahan alami itu meresap ke akar rambut.

 

Kemudian bilaslah rambut dengan air biasa. Amalkan ini minimum dua kali seminggu.

 

4) Daun Lidah Buaya

Daun lidah buaya juga sangat bagus untuk melebatkan rambut.

 

Ini ada kaitan dengan kandungannya yang kaya unsur vitamin A, B1 dan C . Ia juga terdapat karbohidrat, kalsium, fosforus, protein, lemak dan zat besi.

 

Caranya ialah potong daun lidah buaya dan picit untuk mengeluarkan lendirnya. Kemudian ratakan lendir lidah buaya itu pada kulit kepala.

 

Biarkan setengah jam sebelum bersihkan dengan air suam. Amalkan ini minimum dua kali seminggu.

 

Sebenarnya, banyak lagi bahan alami mempunyai khasiat yang dapat dimanfaatkan untuk melebatkan rambut.

 

Cara alami ini ternyata bukan sahaja berkesan, malah  ia lebih selamat. Tanpa kesan sampingan yang buruk berbanding penggunaan bahan kimia.

 

Artikel berkaitan :

Apa kata anda yang telah mencobanya? Boleh kongsikan pengalaman penggunaan anda?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *