Cara Menghilangkan Jeragat Di Muka Dengan Selamat Dan Berkesan

Cara Menghilangkan Jeragat DiMuka Dengan Selamat

Apa itu jeragat?

Jeragat adalah sejenis bintik atau tompok kulit kusam yang lebih gelap dari tona kulit asal. Ia muncul di sekitar kulit muka.

Ia tidak merbahayakan tetapi ia akan mula tumbuh, bertambah dan bercantum dengan tompokan jeragat yang kecil sehingga menjadi tompokan yang besar.

Di dalam kulit manusia, terdapat

sejenis bahan pigmen yang berfungsi sebagai pewarna kulit yang dinamakan melanin

Bahan pigmen ini sangat terpengaruh oleh sinaran UV yang di pancarkan oleh matahari.

Semakin banyak kulit terdedah kepada matahari, semakin banyak melanin yang dihasilkan oleh kulit. Selain mewarnakan kulit, melanin juga berfungsi untuk menjaga kulit dari sinaran UV yang berbahaya kepada kesihatan kulit.

Tetapi apabila kulit terlampau terdedah di matahari, sel sel pigmen melanin ini akan menjadi terlalu aktif dan menghasilkan pigmen yang terlebih dari asal, dan akhirnya menyebabkan timbulnya Jeragat.

Punca timbulnya jeragat

Terdapat banyak sebab mengapa timbul jeragat:

  • Usia semakin meningkat
  • Penghasilan collagen di dalam kulit semakin berkurangan
  • Tisu dan sel kulit yang mati akibat terdedah sinaran UV
  • Pengambilan ubat ubatan pengawal hormon seperti pil perancang dan sebagainya
  • Pemakaian kosmetik dan alat solek yang tidak berkualiti
  • Stress atau perubahan hormon yang drastik terutamanya ibu ibu yang hamil atau selepas bersalin.
  • Lapisan kulit terlalu tipis atau terhakis yang membuatnya mudah rosak akibat sinaran UV

10 Tips Hilangkan Jeragat Dan Cara Atasinya

10 Tip Hilangkan Jeragat

1. Atasi Jeragat Dengan Pelindungan Kulit (Suncreen)

suncreen krim pelindung

Sentiasa memakai sunscreen sebagai pelindung kulit sebelum keluar rumah.

Sunscreen ialah sejenis perisai kulit didalam bentuk krim

Ia berfungsi menghalang sinaran UV dari matahari dari menembusi lapisan kulit.

Anda perlu memilih sunscreen yang mempunyai SPF 30 atau lebih untuk penjagaan kulit tahap optimum.

Sunscreen ini juga perlu di ulang pakai setiap beberapa jam setelah berada di luar.

2. Tingkatkan pengambilan Vitamin A dan C

Vitamin CVitamin C atau ascorbic acid berfungsi sebagai ajen pencegah pigmen melanin dari terus di produksi dihasilkan dalam kulit. Vitamin C ini boleh didapati dalam bentuk kapsul, jel atau serbuk.

3. Mengambil Makanan Yang Tinggi Kandungan Antioksida

seperti tomato, teh hijau atau buah berry


Kesemua makanan ini mengandungi zat yang secara semula jadi akan membantu kulit untuk memulih semula dan melawan radiasi sinaran UV dari terus merusakkan kulit dari dalam.

4. Mengambil Suplemen Yang Mengandungi Kandungan Collagen Yang Tinggi

Collagen ini biasanya didapati didalam vitamin A. Ia boleh didapati dalam bentuk pati minuman atau pun krim.

Ia berfungsi membantu menebalkan semula lapisan kulit yang terhakis. Ia juga melancarkan peredaran darah dibahagian muka yang akan menolak kulit muka untuk menghasilkan sel sel baru.

Ia juga membantu menjadikan tona kulit sekata.

Vitamin A  boleh didapati dalam bentuk krim.

Bacaan tambahan :  Khasiat Dan Kebaikan Collagen

5. Menyapu Minyak Castor Dibahagian Jeragat Setiap Malam Sebelum Tidur

Minyak castor mengandungi asid serta zat yang baik untuk pemulihan semula kulit.

Ia juga membantu menghilangkan tompok yang sedia ada dan mencegah dari terhasilnya tompok pigmentasi baru.

Cara pemakaian:

  1. Rendamkam bebola kapas di dalam sedikit minyak castor tulen.
  2. Sapukan di bahagian jeragat sahaja, sebagai penutup rutin rawatan muka setiap malam.

6. Menyapu Minyak Atau Krim  Yang Mengandungi Kandungan Vitamin E Yang Tinggi

Sundown Natural - Vitamin E Oil

Vitamin E dapat menyingkirkan radikal bebas yang terperangkap didalam kulit dan menstimulasikan sel kulit baru

Ia juga memulihkan mana2 bahagian kulit yang luka. Minyak Vitamin E boleh didapati dalam bentuk krim atau cecair.

7. Menyapu Cuka Epal Di Permukaan Jeragat

Jarrow - Apple Cider VinegarCuka epal (Apple Cider Vinegar) mengandungi kandungan vitamin C yang tinggi. Ini dapat membantu menghilangkan jeragat degil dan bintik bintik hitam dengan cepat.

Walau bagaimanapun cuka apple mempunyai bau yang sangat kuat dan menyengat. Ia perlu dilarutkan dahulu dengan air sebelum disapu ke muka kerana cuka adalah sejenis bahan asidik.

Cara pemakaian:

  1. Campurkan 1 sudu teh cuka apple dengan 3 sudu teh air.
  2. Cecah bebola kapas kedalam larutan air cuka tadi, kemudian sapukan dibahagian yang berjeragat.
  3. Biarkan selama 15 minit dan bilas muka dengan air suam.

8. Gel Lidah Buaya (Aloe Vera Gel) Untuk Hilangkan Jeragat

aloe vera gel
Pokok lidah buaya (aloe vera) sangat terkenal dengan keistimewaannya. Samada sebagai ubat semulajadi yang sangat berkesan memulihkan luka dan menstabilkan semula kadar PH kulit.

Cara pemakaian:

  1. Pastikan muka dalam keadaan bersih dan bebas minyak.
  2. Sapukan gel lidah buaya (aloe vera gel) di keseluruhan muka.
  3. Diamkan selama 15 minit kemudian bilas dengan air suam.

9. Hilangkan Jeragat Dengan  Kunyit

serbuk kunyi

Kunyit dengan tersendirinya adalah sejenis antiseptik yang akan membunuh kuman jerawat dimuka.  Ia juga mempunyai sifat yang boleh mencerahkan kulit dari dalam secara semulajadi.

Resepi ini sebenarnya adalah rahsia yang digunapakai oleh kaum hindu untuk memutihkan kulit wajah.

Ia berkesan untuk menghidarkan dari timbulnya bintik hitam di permukaan kulit muka.

Hilangkan Jeragat Dengan Masker Serbuk Kunyit

Cara pemakaian:

  1. Campurkan 3 sudu teh serbuk kunyit dengan 3 sudu teh susu hangat.
  2. Aduk sehingga sebati dan menjadi campuran yang kental.
  3. Sapukan masker tadi di bahagian kulit yang berjeragat.
  4. Diamkan selama 15 minit kemudian bilas dengan air suam dan pencuci muka pilihan anda.

10. Melakukan Rawatan Pengelupasan Yang Lembut Menggunakan Bijirin Oat

organic oats

Cara pemakaian:

  1. Campurkan 1 cawan organic oat dengan 1 cawan susu segar.
  2. Aduk sehingga sebati dan menjadi pes kental.
  3. Gosokkan pes tersebut pada daerah kulit yang terjejas.
  4. Diamkan selama 15 sehingga 20 minit kemudian bilas dengan air suam.

Keberkesanan tip tip diatas adalah bergantung kepada keadaan kulit kerana tiada satu orang pun yang mempunyai jenis kulit yang sama.

Rutin rawatan menghilangkan jeragat adalah sesuatu yang memerlukan banyak kesabaran.

Ia hendaklah  dilakukan secara konsisten dan berterusan.

Hasil tindak balas bagi setiap kulit adalah berbeza tetapi pasti berkesan jika dilakukan dengan telus dan bersungguh sungguh.

Semua jenis rawatan diatas boleh diamalkan sebanyak 2 kali setiap minggu untuk penjagaan maksimum keseluruhan kesihatan kulit.

15 Replies to “Cara Menghilangkan Jeragat Di Muka Dengan Selamat Dan Berkesan”

  1. Dalam banyak banyak produk dekat atas ni, saya lagi prefer guna yang aloe vera tu. Kalau dulu selalu jugak guna aloe vera yang asli. Sekarang macam susah nak dapat. So pakai yang ini pun dah dikira bagus

  2. Jeragat ni sebenarnya salah satu penghuni muka yang sangat degil.Sebab tulah org suruh pakai sunblock dan sunscreen tiap kali nak keluar.Sunray sekarang tak macam dulu dah sebab lapisan ozon semakin nipis dan terus menipis.

  3. Semakin meningkat usia, semakin banyak masalh kulit ni..nad pun macam dah nak tumbuh jeragat ni..haritu dapat scrub oat st ives..bolehla pakai..memng tak cantik kalau ada jeragat ni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *